Sahabat Berbicara


ShoutMix chat widget

Arkib

Mujahid Soleh


~ Bila Kalam Berbicara ~

"sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"

MOGA ALLAH KURNIAKAN KESEMBUHAN

Seusai solat fardhu Isyak semalam , aku terima panggilan telefon daripada kak mar . Ku ajukan persoalan akan tujuannya menelefon aku pada waktu itu. Satu persatu ayat yang ditutur ku dengari dengan penuh kesungguhan dek network tidaklah seberapa bagus di dalam bilik ku itu.

Apa yang masuk ke gegendang telinga ku begitu menyesakkan perasaan ketika itu. Bapa sedang terlantar di hospital. Mulanya pada awal malam hari Khamis yang lepas , mengikut apa yang di khabarkan, bapa mula mengadu sakit perut dan tidak selesa. Di ikuti awal pagi semalam , bapa mengalami muntah-muntaah dan tidak lagi dapat bertahan. Oleh sebab yang demikian , bapa di hantar ke jabatan kecemacan (A&E) dan ditahan di wad. Mengikut laporan kesihatan yang diberitakan, kedua-dua buah pinggang bapa mengalami pembengkakan dan salah satunya terdapat batu karang. Beliau mungkin akan ditahan selama 2 hari bagi memudahkan pemeriksaan lebih lanjut dijalankan.

Teringat akan peristiwa yang berlaku kira-kira 6 tahun yang lalu. Sewaktu itu, aku berada di tingkatan 3 dan bakal berdepan dengan PMR. Terdetik di hati untuk bertanyakan khabar mak dan bapa di rumah. Aku capai gagang telefon awam. Talian berjaya disambungkan. Pagi itu aku dikhabarkan bahawa sudah beberapa hari bapa ditahan di hospital. Aku tidak seberapa ingat akan asbabnya. Tetapi seandainya tidak silap bapa diserang stroke ketika itu. Aku kembali ke asrama dengan air mata yang berlinangan. Pada waktu dan ketika itu, aku tidak melayani sahabat-sahabat yang lain malah lebih banyak mendiamkan diri dan menangisi akan ujian yang menimpa. Ku lebih banyak memanjatkan doa memohon kepadaNYA agar beliau dikurniakan kesembuhan.

" Ya ALLAH Engkau ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami. Engkau kasihilah meraka sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kecil kami. Engkau kurniakanlah kesabaran dan ketabahan dalam menempuh ujian yang Engkau timpakan"

Buat ayahanda , anakanda mu ini sentiasa mendoakan kesejahteraanmu.

Read more...

SELAMAT BERGRADUASI SENPAI

Gambar diambil semasa kakak bergraduasi di UKM

Walaupun sudah berlalu, tapi ana tetap ingin mengucapkan salam tahniah buat senpai2(senior2) UMS yang berjaya bergraduasi baru-baru ini. Sungguhpun tidak dapat bersama bagi meraikan kejayaan akak-akak dan abang-abang di sana tapi kami sentiasa mengingati di sini. Moga ilmu yang diperolehi sepanjang berada di menara gading ini dapat dikongsi bersama dengan keluarga dan masyarakat di luar sana. Sesungguhnya perjalanan menuntut ilmu itu tidak terhenti di sini.

Read more...

Sekalung doa buatmu

6 Syawal yang lepas , genap setahun berlalu setelah perginya sahabat seperjuangan allayarhamah Siti Aisyah Bakri, ana dikurniakan kesempatan menziarahi pusaranya. Ditemani sahabat yakni Arnizah dan Mahyuni , kaki melangkah tertib memasuki kawasan tanah perkuburan tersebut.

Arnizah dan Mahyuni cuba untuk mengingati pusara allayarhamah manakala ana cuma mengikuti dari belakang memandangkan mereka pernah ke sana sebelum ini. Kaki terus melangkah dan akhirnya kami tiba jua.

Rasa sebak di hati. Setahun berlalu dan satu persatu kenangan bersama terkenang kembali. Bacaan yasin kami mulakan dan doa kami sedekahkan. Tidak dapat berada lama di sana maka kami pun berlalu pergi. Meninggalkan pusara itu kembali sepi.

Telah berkata Altho' Khairani ra , "Rasulullah SAW lalu dalam suatu majlis yang penuh dengan gelak ketawa. Maka baginda bersabda : Campurilah majlismu dengan mengingat kepada sesuatu yang mengeruhkan kelazatan. " Mereka bertanya. " Apakah kelazatan itu?" Rasulullah menjawab, "Iaitu maut."

Anas ra berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: "Perbanyakkanlah mengingati mati. Sesungguhnya ia dapat menghapuskan dosa dan zuhud di dunia."

Rasulullah bersabda lagi: " Cukuplah mati sebagai perpisahan,"

Baginda bersabda lagi : "Cukuplah mati sebagai nasihat"

Akhirul kalam perbanyakkanlah mengingati mati.

Read more...

salam lebaran


Salam lebaran buat semua sahabat dan kenalan
Salam kemaafan andai ada salah silap samada dalam sedar ataupun tidak

Read more...

HANYA 30 HARI SETAHUN

Mari kita sama-sama merebut kelebihan yang ada di bulan yang mulia ini.







Read more...

KURMA


Buah kurma atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar tergolong dalamkeluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementarabuahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakananyang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya denganprotein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian sepertibesi, kalsium, sodium dan potasium.
Selain kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka dengan kurmabersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: "Rumah yang tiadakurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggioleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratusglukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuhadalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahandikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasamengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksadipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadiglukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan danini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atautarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makanberlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalubanyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yangdiambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-mertamenjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kulit kurma mengandungi serat yang tinggi yang amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurunsedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yangpaling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Kandungan potasiumnya yang tinggi juga dikatakan dapat mengurangkan potensi seseorang daripada diserang penyakit stroke. Menurut Dr. Louis Tobian, pakar penyakit darah tinggi dari Minnesota University AS, makanan yang mengandungi potasium yang tinggi dapat membantu menurunkan tekanan darah serta dapat memberikan kekuatan tambahan dalam mencegah stroke secara langsung.
Dalam kajiannya pada 2 ekor tikus yang diserang hypertension (tekanan darah tinggi), kelompok tikus yang diberikan diet yang tinggi potasium tidak mengalami pendarahan otak sementara kelompok tikus yang diberikan diet potasium yang normal menderita stroke ringan dan mengalami pendarahan otak.
Hasil daripada kajian tersebut, Dr Tobian membuat kesimpulannya bahawa potasium dapat menjaga elastisiti dinding arteri dan mengelakkan daripada rosak akibat tekanan darah yang tinggi.
Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan,sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentuatau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t.dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan."

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jikasesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yangdimakan."

Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohonkurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurmalantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalamkurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikanserbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagaijenis penyakit.

Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satupenawar penyakit.
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untukmenyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.

Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negarapengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dandiganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurmajuga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan ataumenggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

Read more...

salam rindu..

Salam rindu buat sahabat2 yang berada jauh di mata tetapi senantiasa dekat di hati. Moga segala apa yang kita lakukan mendapat keredhaan Ilahi.

Read more...